Unit Komputer Dalam Pendidikan |
Latar Belakang Penubuhan Unit KDP diwujudkan dengan rasminya pada 29 April, 1991 di bawah Unit Sains dan Matematik, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebelum unit KDP ini wujud secara rasmi, tugas-tugas berkaitan dengan program KDP di kelolakan oleh satu pasukan petugas khas yang dianggotai oleh pegawai-pegawai yang dipinjamkan daripada EPRD, BTP, BPTV dan BPG. Pada mulanya, 4 orang pegawai unit ini ditempatkan di Bahagian Sistem Maklumat (dahulu dikenali dengan Bahagian Perkhidmatan Komputer), sementara 2 lagi ditempatkan di Makmal Teknologi Komputer. Pada bulan Ogos 1992, pejabat Unit KDP dipindahkan terus ke Makmal Teknologi Komputer (MTK) dan unit ini di letakkan di bawah tanggungjawab Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Pada 2/5/1997, pejabat Unit KDP telah dipindahkan ke bangunan PPK yang baru setelah bangunan MTK diambil alih oleh Bahagian Sukan. Unit KDP diletakkan di bawah Bidang Penerbitan dan Teknologi Pendidikan. Semasa PPK distrukturkan semula pada tahun 1996, Unit KDP telah diletakkan di bawah Bidang Projek Khas. Namun pada bulan Februari 2000 Unit KDP telah diletakkan di bawah suatu bidang yang baru sahaja diwujudkan, Bidang Pendidikan Teknologi.
Di antara fungsi penubuhan yang sedang dilaksanakan oleh Unit Komputer Dalam Pendidikan ialah:
|
1.0 | Pengenalan | ||||
Literasi Komputer merujuk
kepada aktiviti-aktiviti pembelajaran tentang komputer dan peningkatan
kemahiran mengendalikan komputer. |
PENGAJARAN PEMBELAJARAN BERBANTU KOMPUTER (PPBK)
Pengenalan
Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer atau ringkasnya PPBK merujuk kepada sebarang bentuk penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Program PPBK mula dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan pada 1994 sebagai projek perintis melibat 15 buah sekolah rendah di negeri Selangor. Projek ini dilaksanakan bertujuan:
Kesemua 15 buah sekolah ini telah didibekalkan dengan komputer PC 386 DX-66MHz dengan keupayaan 1 MB RAM, tanpa cakera keras. Untuk guru pula disediakan komputer dengan konfigurasi yang sama berserta cakera keras 40 MB.
Selain daripada itu, sekolah-sekolah ini juga dibekalkan dengan 40 topik perisian kursus pendidikan (32 topik Matematik tahap dua dan 8 topik English) yang telah dibangunkan oleh Unit KDP.
Keperluan Perkakasan
Komputer multimedia dengan sistem pengoperasian sekurang-kurangnya Windows 3.1 dan jumlah RAM 16MB.
Keperluan Perisian
Jenis perisian yang boleh digunakan ialah perisian kursus pendidikan atau lebih dikenali dengan panggilan courseware dan perisian aplikasi seperti pemproses perkataan, hamparan elektronik, dan perisian persembahan. Kaedah Pelaksanaan Perisian pendidikan digunakan bagi membantu pelajar menguasai topik-topik dalam sesuatu mata pelajaran.
Terdapat pelbagai jenis perisian yang terdapat di pasaran. Perisian-perisian ini secara umumnya boleh di klasifikasikan mengikut kaedah yang digunakan dalam penyampaian kandungannya seperti berikut:
Bagaimana perisian ini hendak diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kaedah yang digunakan dalam kandungan perisian tersebut.
Sebagai contoh, perisian tutorial boleh digunakan untuk tujuan pendedahan awal kepada sesuatu topik mata pelajaran. Perisian berbentuk latih tubi pula boleh digunakan tujuan pengukuhan dan sebagainya. Pemproses perkataan boleh digunakan dalam aktiviti seperti penulisan laporan, karangan dan yang seumpamanya yang penulisannya perlu melalui beberapa peringkat tapisan. Perisian hamparan elektronik pula boleh digunakan dalam Matematik, fizik, kimia perakaunan dan lain-lain mata pelajaran yang melibatkan pengiraan. Perisian persembahan pula boleh digunakan oleh para guru sebagai alternatif menarik kepada OHP.
Sungguhpun demikian, untuk memaksimumkan keberkesanan perisian persembahan, alat multimedia projektor perlu digunakan. Sebagai pilihan yang lebih murah, anda boleh dapatkan kad yang membolehkan paparan VGA di tukar kepada signal komposit supaya TV besar boleh digunakan.
JARINGAN PENDIDIKAN
Pengenalan
Projek ini dimulakan pada tahun 1995 atas nama Jaringan Pendidikan. Projek ini merupakan salah satu daripada aktiviti penyelidikan dan pembangunan program kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan MIMOS.
Pelaksanaan projek ini terdiri daripada 2 fasa:
Melalui program ini, 46 buah sekolah telah di bekalkan dengan kemudahan capaian Internet iaitu:
Mulai 1998 , Projek Jaringan Pendidikan telah memasuki ke fasa 2 pelaksaan. Projek Jaringan Pendidikan Fasa 2 dilaksanakan untuk mewujudkan rangkaian sumber maklumat pendidikan yang reliable dan authoritative serta berperanan sebagai pusat aktiviti rangkaian yang bebas daripada unsur-unsur negatif.
Keperluan Perkakasan
Komputer multimedia dengan sistem pengoperasian sekurang-kurangnya Windows 95, modem, dan laluan kepada Internet.
Keperluan Perisian
Perisian yang diperlukan untuk membolehkan pengguna menyertai aktiviti-aktiviti dalam Jaringan Pendidikan adalah seperti berikut: Perisian Pelungsur Internet Perisian E-Mail Perisian kelayan IRC lain-lain..
Kaedah Pelaksanaan
Pada peringkat awal pelaksanaan projek Jaringan Pendidikan, yang ditekankan ialah mendedahkan pelajar kepada aplikasi-aplikasi yang menggunakan perkhidmatan Internet seperti e-mel, pelungsur Internet, kelayan IRC, FTP dan Telnet.
Dalam fasa 2, pendekatan telah berubah daripada pendedahan kepada penggunaan perkhidmatan Internet kepada aktiviti meningkatkan bahan maklumat pendidikan tempatan ke arah meningkatkan pengetahuan, keterampilan dan pencapaian pembelajaran.
Mulai tahun 2000, usaha ini diteruskan melalui projek Malaysian School Net (MySchoolNet). Sementara urusan pengembangannya pula di letakkan di bawah Unit Pengurusan Maklumat dan Sistem, Pusat Perkembangan Kurikulum.
Penutup
Pelajar-pelajar dan guru-guru yang ada
akaun Internet adalah digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan ini.